Isnin, 13 September 2021

Mesyuarat Penggal Ke-4 Parlimen Ke-14 mula bersidang hari ini

BH ONLINE

 Dewan Rakyat Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 membuka tirai hari ini dan akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sesi parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Aturan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada ucapan perasmian Al-Sultan Abdullah.

Berdasarkan kalendar mesyuarat Dewan Rakyat, sesi kali ini akan berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Oktober.

Sementara itu, sidang Dewan Negara akan bermula 4 hingga 26 Oktober.

Dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di bangunan Parlimen, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata pelbagai inisiatif telah dilakukan, termasuk pemasangan penapis udara ultra violet di dewan utama Parlimen dan penggunaan nanoteknologi di pejabat untuk membunuh bakteria dan virus.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga melakukan ujian saringan RT-PCR ke atas semua kakitangan dan mereka yang menghadiri mesyuarat membabitkan 1,801 individu, pada 10 dan 11 September lalu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 26 individu yang menjalani ujian saringan didapati positif COVID-19 termasuk seorang Senator dan 25 kakitangan Parlimen. - BERNAMA

Tiada ulasan: