Isnin, 13 September 2021

4 wanita antara 19 dikompaun berhibur

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 19 individu ditahan dan dikompaun kerana berhibur dalam sebuah premis kedai makan di Taman Pelangi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mereka ditahan dalam Ops Noda dijalankan jam pada 9 malam oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah D7, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Balai Polis Taman Pelangi.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 30 hingga 40 tahun termasuk empat wanita tempatan dan seorang wanita warganegara China.

"Seramai 19 individu ditahan dan dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

"17 warga tempatan dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal manakala warga asing pula direman selama 14 hari

"Penjaga premis dikompaun RM25,000 dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Tiada ulasan: