Khamis, 23 September 2021

13,754 kes baharu, terendah dalam tempoh dua bulan

Sebahagian daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) hadir ke Pusat Pemberian Vaksin untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil, kelmarin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENULARAN harian COVID-19 hari ini adalah yang terendah dalam tempoh dua bulan apabila 13,754 kes baharu dilaporkan.

Ini juga kali pertama sejak 23 Julai lalu kes harian wabak itu berada di bawah angka 14,000.

Hari ini turut menyaksikan kesemua negeri melaporkan kes baharu di bawah angka 2,000.

Tertinggi Selangor dengan 1,985 kes diikuti Johor (1,913 kes) dan Sarawak (1,766 kes).

Turut melaporkan kes melebihi angka 1,000 ialah Sabah (1,625 kes), Kelantan (1,264 kes) dan Pulau Pinang (1,052 kes).

Terendah hari ini masih Labuan dengan lapan kes diikuti Putrajaya (14 kes) manakala Perlis mencatatkan 113 kes baharu.

Untuk rekod, kali terakhir kes harian lebih rendah daripada hari ini ialah pada 22 Julai lalu yang merekodkan 13,084 kes.

Sehingga 23 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,754 kes (2,156,678 kes).

Baca artikel berkaitan: 14,652 kes baharu COVID-19 dalam kategori 1 dan 2

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,985 (666,007)
Sabah – 1,629 (190,951)
Sarawak – 1,766 (190,609)
Johor – 1,913 (186,131)
WPKL – 383 (184,251)
Kedah – 783 (129,334)
Pulau Pinang – 1,052 (123,649)
Kelantan – 1,264 (107,594)
Negeri Sembilan – 175 (96,228)
Perak – 844 (95,688)
Pahang – 869 (59,960)
Melaka – 292 (56,025)
Terengganu – 664 (50,852)
WP Labuan – 8 (9,945)
WP Putrajaya – 14 (5,970)
Perlis – 113 (3,484)

Tiada ulasan: