Khamis, 11 Februari 2021

TLDM usir 7 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh bot nelayan dari Indonesia yang dikesan menjalankan aktiviti penangkapan ikan dalam perairan negara, kira-kira 36 batu nautika di barat daya Pulau Perak, Kedah diusir keluar, semalam.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan, menjelaskan kehadiran bot nelayan Indonesia itu dikesan Kapal Diraja (KD) Lekir pada jam 9.20 pagi ketika rondaan Op Benteng dan Op Penjarak di lokasi berkenaan.

"Kesemua bot nelayan asing yang sedang menangkap ikan secara haram itu segera beredar daripada perairan negara sejurus melihat kehadiran KD LEKIR di sekitar kawasan berkenaan.

"KD Lekir memantau bot nelayan asing itu keluar daripada sempadan perairan negara sehingga jam 4.30 petang, semalam sebelum meneruskan rondaan Op Benteng di di Selat Melaka Utara bersama KD Laksamana Hang Nadim dan KD Kinabalu," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, TLDM serta pelbagai agensi maritim lain beroperasi 24 jam sehari di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan kawalan sempadan perairan negara daripada dicerobohi.

Tiada ulasan: