KUALA LUMPUR – Sejak dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, operasi pusat hiburan dan kelab malam tidak pernah dibenarkan.
Malah sewaktu beralih kepada fasa PKP Pemulihan (PKPP) pun, aktiviti kelab malam dan pub berada dalam senarai larangan atau ‘negative list’.
Selain itu, ramai juga yang ditahan dan dikompaun termasuk anak-anak kenamaan kerana ingkar SOP yang satu ini.
Bahkan, salah satu aspek kenapa darurat diisytiharkan adalah supaya hukuman boleh dipertingkatkan ke atas pemilik kelab malam yang tak makan saman.
Mereka jadi begitu sebab pengusahanya tahu di bawah Akta 342, hukuman maksimum adalah denda RM1,000 sedangkan untung boleh diperoleh jauh lebih lumayan dari itu.
Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, tersebar luas cakap-cakap di media sosial yang mengatakan kelab malam dan pub dibenarkan beroperasi untuk penyediaan makanan, cuma perlu ditutup jam 10 malam seperti mana premis lain.
Ini menyebabkan ‘berita’ itu menjadi bahan di media sosial untuk sehari dua ni termasuk di page Facebook politik yang mempertikaikan kebenaran tersebut.
“Hebat, bawah kerajaan sekarang kelab malam berperasi dari siang ke malam jual makanan,” antara troll tular di page Facebook politik.
Namun, akhirnya seperti dijangka, cakap-cakap itu satu lagi berita palsu – virus yang sama naik dengan penularan virus COVID-19.
Berdasarkan satu hantaran di Facebook, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi penegasan yang semua aktiviti membabitkan kelab malam dan pub termasuk restoran adalah tidak dibenarkan.
Cukup-cukuplah sebar berita palsu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan