Hasimi Muhamad
Kajian
turut mendedahkan Kuala Lumpur berada di tangga ke-47 daripada 50
bandar metropolitan terbaik untuk keseimbangan dalam pekerjaan. - Gambar
hiasan
KUALA LUMPUR:
Pekerja di bandar raya Kuala Lumpur dilaporkan antara yang mempunyai
waktu bekerja paling lama dan banyak menghabiskan masa berulang-alik ke
tempat kerja berbanding penduduk di bandar lain di seluruh dunia.
Kajian
yang dijalankan oleh syarikat teknologi mudah alih, Kisi berpangkalan
di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, ibu kota Malaysia itu berada di
tangga keempat tertinggi bagi lima bandar raya paling terbeban dengan
kerja.
Selain itu, Kuala Lumpur turut berada di tangga keempat bagi minimum hari percutian iaitu selama lapan hari.
China
berada di ranking pertama sebagai bandar yang paling terbeban dengan
kerja diikuti Singapura di ranking kedua, Seoul, Korea Selatan (ketiga)
serta Tokyo, Jepun di tangga kelima selepas Kuala Lumpur.
Kajian
tersebut turut mendedahkan Kuala Lumpur berada di tangga ke-47 daripada
50 bandar metropolitan terbaik untuk keseimbangan dalam pekerjaan.
Dalam kajian sama pada tahun lalu, Kuala Lumpur berada di kedudukan terbawah iaitu ke-40 dari segi keseimbangan dalam pekerjaan.
Bagaimanapun,
Kuala Lumpur bukan satu-satu bandar dari negara Asia yang berdepan
keadaan tersebut apabila menyaksikan Seoul berada di kedudukan paling
bawah bagi keseimbangan dalam pekerjaan.
Manakala, negara jiran iaitu Singapura dan Bangkok, Thailand masing-masing berada di kedudukan ke-41 dan ke-43.
Menerusi laman web getkisi.com,
kajian itu dijalankan berdasarkan 19 perkara yang diletakkan dalam
empat kumpulan iaitu intensiti kerja, perkhidmatan sosial dan
institusi, kemampuan kehidupan bandar serta COVID-19.
Jelas
kajian tersebut, indeks tersebut bukan bertujuan untuk menunjukkan
kemampuan sesebuah bandar atau menonjolkan bandar terbaik untuk bekerja.
Sebaliknya, ia sebagai indikasi terhadap kemampuan sesebuah bandar untuk memberikan keseimbangan kerja-kehidupan.
Dalam
kajian itu, lima bandar yang berada di kedudukan paling seimbang dalam
bekerja adalah Oslo, Norway; Helsinki, Finland; Copenhagen, Denmark;
Hamburg serta Berlin, Jerman.
Bagaimanapun,
bagi kategori COVID-19, Kuala Lumpur berada di tangga ke-13, selain di
kedudukan kelima bagi unjuran penganguran terendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan