Begitu
juga rekaan perkataan baharu PLANDEMIK, sengaja dijaja oleh geng
antivaksin bagi mengukuhkan teori falasi mereka bahawa COVID-19 itu
adalah ciptaan konspirasi.
Mari kita membaca fakta berkaitan dengan dakwaan mereka:
Niat mereka adalah murni, mahu menjadikan anak-anak dunia ini selamat dari penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin. Begitu juga dengan pembikinan vaksin COVID-19. Bayangkan jika tiada vaksin yang boleh mencegah wabak penyakit, jutaan manusia akan mati setiap tahun. Dengan sendirinya akan pupuslah manusia atas muka bumi. Vaksin bukannya penyebab pupusnya manusia, tetapi ketiadaan vaksin itulah puncanya. Doktrin songsang yang dibawa oleh golongan antivaksin itu yang sebenarnya menempah manusia ke arah kebinasaan. Itulah perancangan yang mereka lakukan tanpa disedari.
Sebenarnya
disebalik kejayaan pembuatan vaksin, orang Islam banyak memainkan
peranan. Tahniah dan syabas kepada dua orang pakar muslim kelahiran
Turki dan berhijrah ke Jerman, Dr Ugur Sahin dan Dr Oezlem Tuereci -
merekalah yang menemui vaksin COVID-19. MINDA RAKYAT,
(*) Suhazeli Abdullah- Kuala Berang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan