Asyraf Roslan
Ebit
berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau mendapat permintaan dari
Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana. Instagra/Ebit Lew
KUALA LUMPUR:
Rakyat Malaysia sedia maklum dengan sifat pendakwah bebas, Ebit Lew
yang gemar melakukan kerja-kerja amal membantu golongan yang memerlukan.
Dari
masalah pelajar universiti memerlukan kenderaan untuk pulang
sehinggalah masalah air, Ebit cuba sedaya upaya untuk membantu sehingga
masalah itu selesai.
Terbaharu,
Ebit berkongsi kepada umum di laman Instagramnya bahawa beliau mendapat
permintaan dari Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana.
Menurut
Ebit, selepas mendapat panggilan tersebut beliau terus bergegas ke sana
pada sebelah petangnya untuk menyalurkan bantuan.
"Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
"Saya
dapat tahu tengah hari tadi, petang ni terus bawa 200kg daging lembu
dan 500kg buah-buahan dan sayuran," katanya di laman Instagram miliknya
itu.
Pada masa sama, Ebit dalam
perkongsiannya itu turut memberitahu, Zoo Negara memerlukan RM1 juta
untuk tujuan makanan dan penyelenggaraan.
Namun,
Zoo Negara tidak dapat menjana pendapatan disebabkan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sekali gus, mengurangkan
kehadiran pengunjung.
Tambahnya lagi, Zoo Negara turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu sama ada dari segi wang atau pun makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan