PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
Lelaki pertama, Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di No. 27 Jalan Kota 12 Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No. 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Lelaki kedua pula, Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir di 3-2 Residensi Sultan Ismail No. 12 Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur; No. 803, Pekan Baru Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 atau 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat muhamadhairi@sprm.gov.my. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan