Bernama
CHAW
MIN: Tidak semua kakitangan diarahkan menjalankan tugas berkaitan
COVID-19 dan kebanyakan mereka masih melaksanakan tugas tidak berkaitan
COVID-19 di pusat kesihatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Elaun khas COVID-19 untuk petugas penjagaan kesihatan diberikan secara
bersasar, iaitu hanya kepada mereka yang melaksanakan tugas berkaitan
jangkitan itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk
Seri Dr Chen Chaw Min.
"Elaun
ini bukan untuk kesemua 252,765 kakitangan tetap dan lebih 40,000
petugas kontrak yang sedang berkhidmat dengan kementerian pada masa ini.
"Ini
kerana tidak semua kakitangan diarahkan menjalankan tugas berkaitan
COVID-19 dan kebanyakan mereka masih melaksanakan tugas tidak berkaitan
COVID-19 di pusat kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai
mengulas satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita.
Dr
Chen menjelaskan arahan itu juga tidak bersifat berterusan yang mana
pegawai yang tidak lagi menjalankan tugas berkaitan COVID-19, atau
diarahkan bekerja di pusat bukan COVID-19 kemudian, turut tidak lagi
layak untuk menerima elaun tersebut.
Bagaimanapun
katanya petugas penjagaan kesihatan yang sebelum ini tidak menerima
elaun itu akan layak diberikan elaun tersebut apabila mereka diarahkan
menjalankan tugas berkenaan.
Menurut Dr
Chen, berdasarkan maklum balas Hospital Pulau Pinang, kesemua kakitangan
penjagaan kesihatan yang diarahkan dan masih lagi menjalankan tugas
berkaitan COVID-19 dibayar elaun itu.
Katanya jumlah keseluruhan elaun yang dibayar bagi tempoh Mac hingga September lepas ialah sebanyak RM3,076,300.
"Dalam
hal ini, hospital juga mengadakan sesi libat urus dengan petugas
terlibat bagi menjelaskan tentang elaun dan keperluan bagi pegawai untuk
diarahkan menjalankan tugas berkaitan COVID-19 di hospital.
"Tidak
semua pegawai terlibat memandangkan hospital juga perlu memastikan
perkhidmatan lain berjalan seperti biasa sambil pada masa sama
mengelakkan potensi jangkitan virus itu di hospital. Libat urus ini juga
bertujuan memastikan kesemua petugas yang layak menerima elaun
tersebut," katanya.
Selain itu, KKM juga
katanya bekerjasama dengan penyedia skim takaful seperti FWD Takaful
Berhad untuk menyediakan dana MOH-myHeroes berjumlah RM5 juta bagi
disalurkan kepada kakitangan yang dijangkiti COVID-19 ketika bertugas.
"Peruntukan
berjumlah lebih RM1 bilion turut disediakan bagi membekalkan peralatan
pencegahan dan keselamatan seperti pelitup muka, cecair pensanitasi
tangan dan peralatan perlindungan diri sebagai langkah mencegah
jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan serta menjamin kebajikan
mereka," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan