Bernama
Dr
Noor Hisham berkata persidangan Parlimen yang terakhir ialah pada 23
Sept dan terdapat
jurang selama enam minggu sebelum saringan dilakukan
pada minggu lepas, maka punca
jangkitan tidak diketahui. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:
Persidangan Parlimen yang lebih lama akan menyebabkan mereka yang
berada di dalam bangunan itu berdepan risiko jangkitan COVID-19 lebih
tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau
berkata ini kerana terdapat tujuh kes direkodkan hari ini yang
membabitkan seorang anggota polis bantuan dan pengesanan kontak
mendapati isteri dan tiga rakannya, seorang pengamal media serta seorang
kakitangan Dewan Negara disahkan positif.
"Jika mereka berada di tempat sesak, lebih lama mereka di situ maka lebih tinggi peluang untuk mereka dijangkiti.
"Sekiranya
terdapat kes positif, maka risiko kebolehjangkitan adalah lebih
tinggi... Kami berharap mereka yang menghadiri sesi Parlimen akan
mematuhi SOP (prosedur operasi standard) kerana pematuhannya amat
penting," katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan COVID-19 di
sini pada Isnin.
Dr
Noor Hisham berkata persidangan Parlimen yang terakhir ialah pada 23
Sept dan terdapat jurang selama enam minggu sebelum saringan dilakukan
pada minggu lepas, maka punca jangkitan tidak diketahui.
Terdahulu
di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin
Hassan membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1) bagi
memendekkan sesi hari pertama persidangan Parlimen hari ini sehingga 1
tengah hari.
Beliau berkata ini susulan
nasihat pegawai Kementerian Kesihatan selepas seorang kakitangan Dewan
Negara telah didapati positif COVID-19.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan