KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen, Awal
Ashaari bersama dua defendan disaman sebanyak RM3 juta oleh syarikat
hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry kerana didakwa memfitnah
syarikat itu.
Naz Carpentry telah memfailkan saman di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam Wan &
Aisha Mubara, Advocates and Solicitors pada Jumaat lalu.
“Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram
dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut
dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November
2019 dan November 2020.
“Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama,
dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu,” kata kenyataan
daripada pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful
Ridzuan Public Relations and Communications.
Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa
hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal memberi gambaran negatif
mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat
tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.
“Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.
“Oleh itu, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.
“Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim
kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk Awal Ashaari melantik
seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari
ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau,” kata kenyataan itu.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak
guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan
ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak
ketiga.
Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid.
Secara kolektif, barisan peguam yang dilantik
oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk
seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin
Abdullah,
Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan