Jumaat, 7 Februari 2020
UMNO Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama PAS
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan media berkata, Majlis Kerja Tertinggi telah berbincang secara panjang lebar berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario politik yang tidak menentu ini demi memelihara kepentingan rakyat.
“Majlis Kerja Tertinggi merasa amat bimbang dengan kedudukan orang Melayu, Kaum Bumiputera, Umat Islam dan rakyat keseluruhannya yang semakin terhimpit berpunca dari kegagalan Pakatan Harapan.
“Maka dalam mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Presiden UMNO telah memberikan penjelasan terkini berhubung situasi politik semasa malah Presiden juga telah memberikan pelbagai senario yang berkemungkinan berlaku dan senario-senario tersebut telah dinilai secara bersama dengan PAS dalam semangat Muafakat Nasional,” ujar beliau.
Justeru, Majlis Kerja Tertinggi UMNO berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan telah memberikan pandangan secara terbuka untuk perhatian dan tindakan Presiden UMNO,” ujar beliau. – UMNO ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan