Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyanggah laporan media berhubung kenyataannya membabitkan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat, yang memakai pakaian menyerupai wanita ketika menjalani ibadah umrah di Mekah.
Menurut Mohd Asri, apa yang beliau perkatakan adalah Islam melarang perbuatan tetapi bukan melaknat individu secara mutlak.
"Banyak media seperti (Astro) Awani, Malaysiakini, (Harian) Metro dan sewaktu dengannya membuat ayat sendiri berhubung dengan kenyataan saya tentang lelaki yang bernama Sajat.
"Saya tidak kata beliau tidak boleh dikecam atau dikritik.
Malaysiakini semalam menyiarkan laporan Bernama berhubung kenyataan Mohd Asri membabitkan isu jutawan kosmetik berkenaan.
“Kita perlu nasihat beliau (Sajat) secara baik. Cuma saya tidak bersetuju orang ramai mengatakan bahawa beliau dilaknat Allah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar.
'Isu lekeh untuk promosi diri, produk'
Menurut
Mohd Asri, perbuatan menghebohkan tindakan Sajat memakai telekung di
Tanah Suci hanya akan menjadi promosi percuma kepada diri dan produknya.
"Akhirnya, banyak pondan dan darai dalam negara kita yang kita biarkan," katanya.
Sebaliknya kata Mohd Asri, menerusi media, aksi-aksi Lesbian, Gay dan Transgender (LGBT) pula 'diraikan' di tanah air.
"Kerajaan patut mengharamkan aksi-aksi LGBT dalam media di negara kita.
"Itu yang patut kita gesa. Apapun, mereka semua dan kita memerlukan doa hidayah agar ditunjukkan jalan yang Allah redai," katanya.
Semalam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, menyifatkan
tindakan personaliti kontroversi itu bertelekung semasa mengerjakan
umrah sebagai mencemar imej Islam.
Mujahid berkata dakwaan status khunsa Sajat juga tidak disokong melalui bukti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan