Rabu, 26 Februari 2020

Nama Tuan Guru ‘trending’ sebagai pilihan PM


HARAKAHDAILY



KUALA LUMPUR : Beberapa undian bebas yang dijalankan melalui laman web dan Facebook mendapati nama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ‘trending‘ sebagai utama pilihan Perdana Menteri (PM) di media sosial.

Walaupun dalam kemelut kerajaan yang kini hanya dipegang oleh seorang Perdana Menteri bersifat interim (sementara) namun, usaha pelbagai pihak bagi menyuarakan kehendak rakyat menghasilkan keputusan dimana Presiden PAS menjadi pilihan utama rakyat meletakkan harapan mereka.

Undian yang dibuat Facebook BrigadeTV hingga jam 12:30 tengahari ini menunjukkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendahului undian dengan 8,282 jumlah undian, sementara Dato’ Seri Najib Razak di tempat kedua dengan 3,954 undi, Anwar Ibrahim ditempat ketiga dengan 2,980 dan Tun Dr Mahathir Mohamad di tangga keempat 2,959.

Ketika ini pelbagai usaha dibuat oleh gabungan tertentu untuk membentuk segera kerajaan dan rakyat masih menantikannya dengan penuh debar. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: