Bincang berhubung situasi semasa politik di negeri itu
ALOR SETAR
– Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan mengadakan
pertemuan dengan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli
Dewan Undangan Negeri di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini,
hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,
Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Zamri Yusuf berkata
masih ada perkara yang perlu dibincangkan bersama sebelum Mukhriz
membuat sebarang keputusan berhubung situasi semasa politik di negeri
ini.
“Semua exco akan datang esok (hari ini).
Akan ada perjumpaan lagi,” jawabnya ringkas semasa ditemui pemberita
sejurus keluar dari Seri Mentaloon di sini, malam semalam.
Pada malam semalam satu pertemuan khas
hampir dua jam telah diadakan Mukhriz dengan semua barisan exco kerajaan
negeri sebaik beliau tiba dari Kuala Lumpur.
Kemelut politik yang tercetus sejak Isnin
selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Bersatu
mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu menimbulkan tanda tanya akan
kedudukan kerajaan negeri pimpinan PH.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan
Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh),
Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua).-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan