LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini.
Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.
LANGSUNG
2.18 petang: Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, menghantar surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia hari ini.
Dalam
kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Mahathir menghantar surat peletakan
jawatan tersebut ke Istana Negara kira-kira jam 1 petang tadi.
2 petang: Sah, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, dan Zuraida Kamaruddin (Ampang) dipecat daripada PKR.
1.50 petang: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memuat naik satu hantaran yang menimbulkan persoalan di Twitternya.
“Rakyat wajib diutamakan, bukan politik perebutan kuasa. Rakyat yang berkuasa, bukan si pencatur kuasa,” ciapnya.
Malaysiakini masih cuba mengesahkan dakwaan tersebut.
1.36 petang: Dua pemimpin kanan PKR dikatakan akan dipecat dari parti itu.
1.30 petang: Seorang sumber memberitahu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menghadap Sultan Selangor hari ini.
Katanya, Amirudin juga memberitahu Selangor "akan mempertahankan mandat yang diberikan rakyat" dalam PRU lalu.
"Menteri Besar Selangor memberi taklimat kepada tuanku.
"Esok beliau akan berjumpa tuanku sekali lagi bersama semua ketua parti dalam PH," katanya.
1.10 petang:
Majlis Perundingan Buddha, Kristian Hindu Sikh dan Tao Malaysia
(MCCBCHST) merayu agar Yang Di-Pertuan Agong dapat menggunakan budi
bicara baginda untuk menitahkan agar parlimen dibubarkan.
“[...] Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita berdoa untuk perpaduan dan kestabilan Malaysia,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan.
Jelas persatuan itu, mandat rakyat yang memilih pemerintah mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu haruslah dihormati.
“Lebih-lebih lagi, banyak pemimpin dalam Pakatan Nasional yang disebut-sebut itu berdepan pendakwaan atau penyiasatan kes rasuah, jadi tujuan perikatan itu mungkin hanya untuk melindungi kepentingan peribadi dan untuk mengkhianati mandat rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
12.55 tengah hari: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memanggil semua Adun PKR di negeri itu ke kediaman rasminya pagi tadi, kata satu sumber.
Ditanya jika kerajaan negeri yang ada akan bertahan, sumber itu - yang memihak kepada kem Azmin Ali - berkata: Tidak ada apa-apa perubahan.
Tidak dapat dipastikan jika Adun PKR yang menyokong Anwar terbabit dalam pertemuan tersebut kerana pertanyaan yang dihantar Malaysiakini tidak berjawab setakat ini.
Sementara itu Amanah Selangor juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat dalamannya hari ini.
12.45 tengah hari: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bersama isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Anwar, beliau baru saja tiba dari rumah Dr Mahathir Mohamad dan pertemuan itu berlangsung dengan "sangat baik".
"Kami ada bincang beberapa perkara dan saya berpuas hati dengan pendirian beliau, bahawa kita harus mengutamakan prinsip.
"Agenda reformasi harus diteruskan, itu yang saya boleh sebut setakat ini," katanya kepada media.
Ditanya kemungkinan berlaku perubahan kerajaan, Anwar tidak menjawab soalan itu secara langsung.
"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yg lalu.
"Saya tak boleh sebut apa (yang lain), memadai kita jelaskan setakat itu, ia adalah mesyuarat yang sangat baik," katanya.
Anwar juga menjelaskan beliau "terkesan" dengan sikap Mahathir mengenai perubahan dan keengganan tunduk kepada pihak yang mahu "merampas kuasa" tanpa menetapkan agenda perubahan.
12:20 tengah hari:
Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, tiba di Ibu Pejabat DAP, sejurus
selepas dibebaskan atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Harimau
Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
"Kami terus datang ke sini selepas itu," katanya.
12.10 tengah hari: Indeks KLCI Bursa Malaysia menurun 35.74 mata kepada 1495.46 ketika
pasaran dalam keadaan tidak menentu.
Nilai ringgit Malaysia juga melemah berbanding dolar AS, menjadi RM4.2215 setakat ini.
Mengulas
prestasi Bursa Malaysia, bekas PM, Najib Razak berkata, sama ada PH
kekal, tumbang atau parlimen dibubarkan, kestabilan mesti dikembalikan
secepat mungkin.
12.05 tengah hari: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Ditanya apa yang akan dibincangkan oleh kepemimpinan PKR dalam mesyuarat tergempar parti itu sebentar lagi, beliau enggan mengulas.
"I have a good feeling," katanya.
Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, juga tiba.
12 tengah hari:
Adun Pasir Pinji merangkap salah seorang exco Perak, Howard Lee, yang
tiba di Ibu Pejabat DAP berkata, semuanya berjalan seperti biasa di
negeri terbabit.
11.40 pagi:
Difahamkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sudah tiba di
kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan, Selangor hampir sejam
lalu.
11:30 pagi: Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.
11 pagi: Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan.
Sebelum Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.
10.45 pagi: Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan kepada Malaysiakini, parti itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.
"Itu antara agendanya, tapi yang utama akan dibincangkan ialah situasi politik, kedudukan Gerakan, strategi dan tindak balas.
"Kami akan bincangkan mengenai peranan Gerakan apabila ada perubahan kerajaan," katanya.
Beliau juga tidak mengulas apabila ditanya kemungkinan Azmin akan hadir pada mesyuarat tersebut.
10.49 pagi: Pusat Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) akan menyertai sidang media bersama Bersih pada petang ini.
10.50 pagi: Malaysiakini difahamkan
oleh sumber, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tiada di pejabat
ketika Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng tiba.
10.25 pagi:
Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng meninggalkan Perdana Putra. Kedua-dua
mereka tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap
kepada media.
Kenderaannya diperlahankan sedikit dan beliau melambai ke arah wartawan yang menunggu.
10.20 pagi:
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan tidak akan
menghadiri sebarang majlis rasmi kementeriannya hari ini.
Kata sumber tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hasnol Zam Zam Ahmad, akan mewakili Saifuddin.
10 pagi:
Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)
DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba
di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur.
"Saya tak tahu," katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya.
Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan "hal-hal lain".
Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dilihat tiba di situ kira-kira jam 9pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan