Ketua Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah
memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH.
"Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mohd Zuki mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.
Ini
selepas Dr Mahathir meluangkan kira-kira sejam setengah mengadap Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara
itu, menurut sumber yang rapat dengan isu perlembagaaan berkata, Seri
Paduka mungkin mengambil masa sehingga 10 hari untuk menentukan pihak
mana yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.
Beliau dikatakan berbuat demikian kerana tidak merestui tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan partinya yang mempunyai 26 MP keluar daripada PH dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengaturkan 11 MP PKR untuk berpaling tadah.
Semalam, Muhyiddin, Azmin, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden GPS Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal telah bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan campuran baru.
Bagaimanapun, Azmin mendedahkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam meminta lebih banyak masa untuk membuat keputusan.
Pagi tadi, pemimpin PH, selepas
pertemuan dengan Mahathir mendakwa perdana menteri kecewa dengan
gabungan baru itu kerana dirinya tidak mahu bekerjasama dengan Umno.
Bagaimanapun, Mahathir belum menjelaskan perkara itu secara terbuka
dengan mengadakan sidang media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan