Isnin, 24 Februari 2020

Sekarang baru nak cakap tentang rakyat? - Annuar Musa

Madiha Abdullah, Astro Awani
Sekarang baru nak cakap tentang rakyat? - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming supaya jangan terlalu sombong dalam membuat sebarang kenyataan. - Astro AWANI / Shahir Omar


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming supaya jangan terlalu sombong dalam membuat sebarang kenyataan.

Teguran itu diberi Annuar susulan kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP itu yang menyifatkan pembentukan 'kerajaan pintu belakang' adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang.

"Semua Ahli Parlimen mewakili rakyat. Sebab itu jangan terlalu sombong.

"Sekarang baru nak cakap tentang rakyat, selama dua tahun anda 'kencing' rakyat!" tulis Annuar dalam kemas kini di akaun Twitter.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Nga berkata Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen, justeru aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak.

Beberapa parti besar mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada Ahad, sebelum bertemu dalam satu majlis makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa akan terbentuknya gabungan pakatan kerajaan baharu dalam tempoh terdekat, namun semua pemimpin masih bertindak mengunci mulut.

LIHAT TWITTER DI SINI



Tiada ulasan: