Jakim gesa rakyat bertindak rasional, utamakan keamanan negara
BANGI
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat
khusus untuk keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta
agama di negara ini.
Merujuk
situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan
negara, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya berkata, solat hajat
berkenaan akan diadakan di tiga masjid utama di bawah pentadbirannya,
membabitkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin, Putrajaya mulai hari ini.
Beliau
berkata, Jakim turut memohon kerjasama semua masjid di bawah Jabatan dan
Majlis Agama Islan Negeri-Negeri untuk turut mengadakan solat hajat
dari semasa ke semasa.
“Saya
mengambil kesempatan menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa
bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan dan kehormonian
negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,”
katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sejak Ahad
lalu, situasi politik negara terus ‘panas’ selepas kerajaan Pakatan
Harapan (PH) tumbang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu.
Sehingga
kini, negara masih tidak mempunyai tampuk pemerintahan yang sempurna,
dan hanya dipertanggungjawabkan sementara ke atas Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan