Khamis, 27 Februari 2020

COVID-19: Arab Saudi gantung sementara visa umrah

azrul hakimie

 

Turut gantung visa lawatan negara pernah rekodkan kes jangkitan


RIYADH – Kerajaan Arab Saudi hari ini menggantung visa untuk jemaah yang ingin ke Makkah, ekoran penularan wabak coronavirus (COVID-19) di Timur Tengah.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menangguhkan sementara kemasukan bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi.

Katanya, kerajaan juga menggantung visa lawatan pelancong dari beberapa negara yang merekodkan kes jangkitan COVID-19.-Agensi


Tiada ulasan: