KUALA
LUMPUR– Rakyat mendoakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya
satu penggal di Putrajaya tetapi rupa-rupanya hanya separuh penggal, di
mana perancangan Allah itu yang terbaik, ujar Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan.
Hakikat sebenar kata Zahida, tumbangnya mereka adalah kerana doa
rakyat dan doa orang-orang teraniaya akibat dari kezaliman yang
dilakukan oleh kerajaan PH sepanjang 21 bulan memerintah.
“Allah yang beri PH berkuasa dan Allah jua yang tarik semula kuasa dari mereka.
“Semalam 24 Februari 2020 terkuburlah kerajaan PH secara rasmi selepas peletakan Jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
“Ada pihak yang menyalahkan UMNO dan Muafakat Nasional sebagai punca
kejatuhan kerajaan hari ini adalah hanya untuk menutup kegagalan dan
kerakusan mereka sendiri,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook
miliknya.
Ulas lanjut Zahida berkata punca lain adalah masalah dalaman PH itu
sendiri apabila berlaku perebutan kuasa kerusi perdana menteri antara
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir.
“Ia dikuatkan lagi dengan tekanan demi tekanan dari Dap, PKR dan Pan
kumpulan pro Anwar Ibrahim yang mahu perdana menteri ketujuh menyatakan
tarikh sebenar peralihan kuasa perdana menteri.
“Kemuncaknya terkuburlah kerajaan PH dan secara automatik terbubarlah
Kabinet Malaysia, hilanglah kuasa menteri-menteri PH yang sebelum ini
sangat sombong dan bongkak,” bidasnya lagi.
Sehubungan itu Zahida menyeru semua pihak bertenang dan mendoakan yang terbaik buat negara tercinta ini. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan