Oleh Athirah Huda Zalhe
Orang kafir tetap bantu selamatkan puak sendiri walaupun salah
BANGI
– Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan
12 individu yang disyaki menyokong kumpulan pengganas, Harimau
Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) telah membunuh kepercayaan masyarakat
terhadap sistem perundangan negara.
Kesal
dengan ‘rule of law’ Malaysia baharu, Amir Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, individu yang dituduh
bersalah dilepaskan sewenang-wenangnya oleh peguam negara, sedangkan
mereka yang tidak bersalah berkemungkinan boleh dijatuhi hukuman
mengikut kehendak pemerintah.
Beliau
menegaskan, Malaysia baharu yang diperintah kerajaan hari ini ternyata
sudah tiada lagi ‘rule of law’, sebaliknya hanyalah sikap orang kafir
yang saling menyokong dan membantu sesama sendiri.
“Ini
membenarkan firman Allah bahawa orang kafir saling bantu-membantu sesama
mereka. Walaupun puak mereka buat salah, tetapi mereka tetap akan
selamatkan puak mereka.
“Tommy
Thomas juga sudah banyak kali campur tangan untuk menyelamatkan individu
yang melakukan jenayah daripada dibawa ke muka pengadilan seperti kes
Muhammad Adib yang sehingga kini tiada pembelaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu,
Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menghentikan prosiding
undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan
menyokong kumpulan pengganas, LTTE.
Tommy
menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas
untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan
yang sedang dihadapi mereka.
Bahkan
katanya, keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan
yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes
berkenaan mengikut undang-undang.
Mengkritik
keputusan peguam negara itu, Abdullah Zaik berkata, sistem keadilan
negara sudah tiada lagi nilai integriti selepas satu lagi kes digugurkan
daripada pendakwaan.
“Tindakan
undang-undang yang melindungi negara daripada kegiatan pengganas dan
radikalisme juga sudah tidak boleh diharap serta tidak boleh dipercayai
lagi.
“Bahkan, polis juga sudah tidak berguna dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah tidak relevan lagi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan