Sabtu, 22 Februari 2020

PH terima bahana akibat keputusan Tommy

Wartawan MalaysiaGazette
MGF26112019_SIDANG-MEDIA-UMNO-PAU_01-1
Annuar Musa 
 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan menerima bahana ke atas tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding jenayah terhadap 12 orang tertuduh yang menghadapi dakwaan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana tindakan Tan Sri Tommy Thomas itu akan menghakis dengan serius keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Malah, katanya, kebencian rakyat kepada kerajaan juga meningkat.

“Pengguguran kes terhadap 12 yg didakwa berkaitan LTTE terus menghakis dgn seriusnya KEYAKINAN RAKYAT…PH TERIMA BAHANA TINDAKAN AG..kebencian meningkat,” katanya menerusi Twitter.

Dalam kenyataannya semalam, Tommy berkata, keputusan tersebut dibuat menggunakan budi bicara Peguam Negara sejajar dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya telah putuskan tiada prospek yang jelas bagi sabitan mana-mana daripada 12 individu terhadap mana-mana 34 pertuduhan,” katanya dalam kenyataan panjang lebar. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: