Isnin, 17 Februari 2020

Pelan B: Sedih, sudah jadi kerajaan pun masih mahu turun di jalanan – Zuraida

Kumara Sabapatty
MGF16022020_MAJLIS-TAHUN-BARU-CINA-2020-PARLIMEN-AMPANG_21
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang di SJKC Kampung Baru Ampang, Ampang, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI,
 

AMPANG – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin malam ini melahirkan rasa sedih apabila ada pihak tertentu masih memilih untuk turun ke jalanan biar pun Pakatan Harapan telah pun menjadi kerajaan.

Beliau juga menyifatkan tindakan seumpama itu sebagai kegagalan pihak tersebut untuk bersikap sebagai kerajaan yang sedang memerintah.

“Tidak mengapa. Ini ada dunia demokrasi, sesiapa pun boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

“Tetapi sedih untuk melihat walaupun kita telah menjadi kerajaan, kita masih lagi mahu turun ke jalanan.

“Nampaknya mereka masih lagi tidak boleh bersikap seperti kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui wartawan selepas sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarbangsa di sini, malam ini.

Naib Presiden PKR itu ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Selayang yang juga Bendahari PKR William Leong ketika berucap  dalam Program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform.

Willian berkata, sekarang adalah masa untuk menggunakan “pelan B” bagi memastikan presiden parti itu yang juga ahli Parlimen Port Dickson diangkat sebagai perdana menteri ke-8.

“Ini masa untuk pelan B dijalankan. Suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan supaya kerajaan kembali kepada landasan.

“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat,” katanya dalam program yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Kapar, Manivannan dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: