Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr
Maza) menyifatkan tindakan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman
atau Nur Sajat, memakai pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di
sisi agama, namum umat Islam perlu menasihatinya.
“Kita perlu nasihat beliau (Muhammad Sajad) secara baik. Cuma saya tidak bersetuju orang ramai mengatakan bahawa beliau dilaknat Allah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof hari ini kesal dengan tindakan usahawan kosmetik Muhammad Sajad, yang menjalani ibadah umrah dengan berpakaian seperti wanita, malah telah mencemarkan imej Islam.
Bagaimanapun, beliau berkata Islam menghalang tasyabbuh (kesamaran) identiti, kerana ia melibatkan banyak perkara terutama berkaitan ibadat.
"Apa yang penting individu ‘transgender’ itu perlu berhati-hati ketika melakukan pergaulan, dengan hanya bergaul dengan golongan daripada jantina asal dia sahaja (ketika berada di masjid)," katanya.
Di Kuantan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan Muhammad Sajad, yang didakwa memakai telekung semasa mengerjakan umrah yang tular di laman sosial.
Katanya beliau telah meminta supaya mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengeluarkan kenyataan, yang dilihat lebih layak dalam perkara itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan