TOKYO: Sejumlah 41 lagi penumpang kapal persiaran di Jepun di sahkan positif novel koronavirus.
Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato berkata, pertambahan kes terbaharu itu menjadikan kini sekurang-kurangnya 61 individu dalam kapal Diamond Princess itu dijangkiti wabak tersebut.
BACA: 10 penumpang kapal persiaran ditahan selepas positif koronavirus
Selain penularan di dalam kapal tersebut, Jepun turut melaporkan sejumlah 25 kes novel koronavirus selain penularan di dalam kapal tersebut.
Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 86 kes di negara itu, iaitu bilangan kes tertinggi di luar China.
Pihak berkuasa Jepun telah menjalankan ujian klinikal terhadap 273 penumpang kapal tersebut selepas seorang penumpang yang turun di Hong Kong bulan lalu disahkan positif virus tersebut.
"Baki kepada 171 ujian dikeluarkan dengan 41 kes adalah positif.
"Hari ini mereka akan dibawa ke beberapa hospital, dan kami sedang menguruskannya.
"Secara keseluruhan, terdapat 273 spesimen, 61 disahkan positif," katanya kepada media.
Terdapat lebih 3,700 penumpang dan krew di dalam kapal tersebut yang kini berlabuh di Yokohama sejak Isnin lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan