Jumaat, 21 Februari 2020

Harga RON97 naik 2 sen

Wartawan MalaysiaGazette
petrol
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 bagi tempoh 22 Februari 2020 sehingga 28 Februari naik sebanyak 2 sen kepada RM2.38 seliter.

Manakala harga RON95 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.08 seliter manakala harga diesel kekal pada harga RM2.14 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.14 seliter.

Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter.

Justeru, harga runcit bagi bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi

produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter

bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: