HJ MOHD ADRAM MUSA
MERUJUK kepada hantaran di Facebook Free Malaysia Today
pada hari ini yang menyatakan, “Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri
Mokhtar berkata, parti Islam itu dan Umno tidak mengiktiraf kewujudan
rakyat berbilang kaum serta agama di Malaysia.”
Kapsyen yang digunakan oleh Free Malaysia Today
ini ternyata merupakan satu fitnah yang jahat kepada Dato’ Seri Dr
Ahmad Samsuri, PAS dan Umno. Bahkan fitnah sebegini boleh menyemarakkan
lagi perpecahan kaum di Malaysia.
Melalui sidang media
semalam, dengan jelas Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri menyatakan bahawa
“Sejak daripada awal lagi sama ada PAS ataupun Umno khususnya, kita
memahami dan mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum dan agama di negara
kita, dan semuanya ada peranan dan hak masing-masing dalam negara.”
(https://youtu.be/d5oPKrr9uyk)
Oleh kerana itu, pihak kami menggesa Free Malaysia Today untuk menarik balik hantaran di facebook tersebut dengan segera dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, PAS dan juga Umno.
Tindakan yang tidak beretika daripada portal berita seperti Free Malaysia Today
akan menyebabkan keharmonian kaum di Malaysia berada dalam keadaan
terancam. Saya menasihatkan para wartawan dan portal berita untuk
menjalankan tanggungjawab dengan penuh beretika agar dihormati
masyarakat.
“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”
*HJ MOHD ADRAM MUSA -Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan