KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Klang, Charles Santiago
mengucapkan terima kasih kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
kerana menggunakan kuasa Perlembagaan untuk membebaskan 12 individu yang
berhadapan prosiding jenayah di mahkamah.
Kesemua individu berkenaan termasuk dua wakil rakyat DAP itu dituduh menyokong aktiviti keganasan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan prosiding kes mereka sedang berjalan di mahkamah.
Charles Santiago menyampaikan ucapan terima kasih itu dalam
hantaran ringkas di laman Facebook sebentar tadi. Peguam Negara dalam
kenyataan 11 muka surat itu berkata, tiada prospek yang jelas untuk
sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan
yang dikenakan ke atas mereka.
“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya. – MalaysiaGazette
Kesemua individu berkenaan termasuk dua wakil rakyat DAP itu dituduh menyokong aktiviti keganasan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan prosiding kes mereka sedang berjalan di mahkamah.
“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan