Jumaat, 21 Februari 2020

Charles Santiago ucap terima kasih kepada Tommy Thomas bebaskan12 individu

Wartawan MalaysiaGazette

MGF21112019_DEMONSTRASI-AHLI-KELUARGA-LTTE_08
Charles Santiago bersama beberapa ahli Parlimen DAP berjumpa dengan ahli keluarga tahanan berkaitan sokongan terhadap LTTE di hadapan bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Klang, Charles Santiago mengucapkan terima kasih kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kerana menggunakan kuasa Perlembagaan untuk membebaskan 12 individu yang berhadapan prosiding jenayah di mahkamah.

Kesemua individu berkenaan termasuk dua wakil rakyat DAP itu dituduh menyokong aktiviti keganasan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan prosiding kes mereka sedang berjalan di mahkamah.

Charles Santiago menyampaikan ucapan terima kasih itu dalam hantaran ringkas di laman Facebook sebentar tadi. Peguam Negara dalam kenyataan 11 muka surat itu berkata, tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: