Tabiat buruk pemakanan penduduk Wuhan cetus virus, wajar jadi iktibar
SATU
dunia panik. Wabak coronavirus makin ‘mengganas’. Laporan kajian pasukan
penyelidik China mendedahkan, kemungkinan besar virus itu tersebar
daripada ular kepada manusia dan ia berlaku di pasar makanan di Wuhan.
Habis
semua bintang liar mereka makan. Pedang ada tengok video yang viral.
Secara mentah mereka ratah. Tak sanggup nak kongsi. Meloya tekak!
Siapa
sangka penduduk di Wuhan yang kini terjejas teruk akibat coronavirus
menjadikan ular tedung dan kelawar sebagai makanan eksotik wajib
terutama bagi mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke bandar
berkenaan.
Lebih
menjijikkan apabila tersebar sekeping gambar seorang wanita dengan
berselera menjamah sup kelawar sebagai hidangan bagi memuaskan
seleranya. Amat dasyat!
Jumlah
haiwan eksotik di Pasar Borong Basah Huanan, yang dipercayai sebagai
lokasi utama penularan wabak berkenaan juga bukan alang kepalang banyak
sehingga ada di antaranya dibiarkan membusuk.
Memburukkan
lagi keadaan apabila sisa-sisa haiwan yang membusuk didapati tidak
diurus dengan baik, sehingga menyaksikan para peniaga menjadi antara
pesakit awal wabak berkenaan.
Kemudian,
tular pula beberapa video berkenaan tabiat pemakanan masyarakat di sana
seperti meratah anak tikus dengan sos, serta mengoyak daging katak yang
diambil dari bekas ternakan tanpa perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Buruk sungguh tabiat mereka.
Pedang
tertanya-tanya juga, bagaimana mereka boleh tergamak menjamah makanan
sedemikian rupa, apakah tiada makanan bersih halal di dunia ini.
Apa yang
boleh Pedang katakan di sini, perbuatan berkenaan tidak
berperikemanusian, kejam dan jauh dari norma makhluk ciptaan Allah SWT
yang memiliki akal hanya kerana mahu memuaskan nasfu pemakanan yang
songsang.
Lihatlah
sekarang, dek kerana `kerakusan’ tabiat pemakanan mereka atas nama
eksotik, seluruh dunia panik dan terkesan dengan ancaman wabak baharu
yang sehingga kini belum ada penawarnya.
Teringat
Pedang akan satu ceramah, pasti ada sebab musabab Allah SWT melarang
manusia dari memakan sesetengah binatang yang disifatkan kotor dan
memudaratkan.
Ketika
artikel ini ditulis, kerajaan China mengesahkan sebanyak 4,515 kes
baharu dicatatkan, dengan angka kematian sudah menjangkau 108 orang.
Selain
itu, sekurang-kurangnya lima juta penduduk Wuhan meninggalkan bandar
berkenaan sebagai langkah untuk memperlahankan penyebaran wabak.
Di
samping, Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) di wilayah Hubei, China
menggantung perkhidmatan permohonan pasport biasa serta permit keluar
masuk dan pengesahan kemasukan ke Hong Kong, Macau serta Taiwan.
Untuk
rakyat Malaysia yang berada di tanah besar China, Pedang berharap mereka
mengambil langkah pencegahan dan mendengar nasihat pihak berkuasa
dengan sebaiknya. Doa rakyat Malaysia akan sentiasa mengiringi anda
walau di mana jua berada.
Namun,
jika keadaan memasuki fasa darurat, kerajaan diminta untuk bertindak
segera dengan membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air demi kebaikan
mereka.
Kata Pedang: Makan buah epal tidak berbasuh pun Pedang sudah tak selera nak jamah, inikan pula nak hirup sup kelawar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan