Pengerusinya, Mohd Isa Abu Kassim berkata, Mat Nadzari yang mengambil alih jawatan itu dari Datuk Seri Noh Omar pada 5 Julai tahun lalu, dilihat gagal mentadbir dan mengurus pengurusan parti itu dengan baik.
Kata beliau, memorandum itu akan dihantar kepada Presiden dan Timbalan Presiden dalam tempoh terdekat ini.
“Memorandum ini juga serentak dengan gesaan kita meminta Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan campur tangan untuk menyelamatkan bangunan UMNO Selangor yang sekian lama menjadi mercu tanda parti,” katanya pada sidang media di pekarangan luar bangunan UMNO negeri di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Isa menjelaskan, bukti kepimpinan Mat Nadzari tidak diterima, apabila pada 22 November tahun lalu, seramai 16 Ketua UMNO Bahagian tdak hadir ke Mesyuarat Perhubungan Negeru.
Jelas beliau, macam mana UMNO negeri hendak merampas Selangor dari Pakatan Harapan (PH), kalau 16 Ketua Bahagian tidak hadir dan 11 ketua bahagian tidak setuju bangunan UMNO dijual.
“Macam mana kita hendak tunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat? Jadi, Presiden dan Timbalan Presiden kena berlapang dada untuk mendengar pandangan akar umbi memintanya memilih calon yang lebih sesuai untuk menerajui UMNO Selangor.
“Kita mesti menanam tekad dalam hati dan diri kita, parti mesti diutamakan daripada individu,” katanya.
Mat Nadzari mula tidak diterima oleh sebahagian pemimpin UMNO di negeri itu berikutan keputusannya yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan hendak menjual bangunan UMNO Selangor.
Keputusannya itu dikatakan mendapat bantahan keras lebih separuh daripada 22 ketua bahagian, yang menyifatkan bangunan itu milik parti, bukan hak milik syarikat persendirian. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan