KUALA LUMPUR: Kerajaan
dipersoal untuk menyediakan kemudahan parkir yang lebih diperlukan dalam
pelan pembangunan berbanding cadangan tawaran baharu yang diberikan
untuk membeli tanah bagi pembangunan semula di Kampong Baru.
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, pembangunan infrastruktur juga merupakan suatu isu di kampung Melayu di tengah bandar itu, yang didakwa 'lemah' oleh sesetengah pihak sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa dahulu.

"Dahulu pandai komen, sekarang bila mereka sudah memerintah, mengapa tidak dibuat perkara yang dahulu mereka tuduh saya abaikan di sini?
"Siapa bagi cadangan (jualan tanah) ini saya pun tidak faham, dahulu
kata tiada parkir, sekarang saya hendak suruh dia buat parkir dahulu,
betulkan jalan-jalan, infrastruktur, perparitan lebih besar supaya air
tidak jadi banjir, itu yang sepatutnya dibuat dahulu," katanya ketika
dihubungi di sini, pada Isnin.
BACA: Johari lemah kerana gagal selesaikan isu Kampung Baru - AMK
BACA: Kerajaan yakin penduduk Kampung Baru setuju dengan tawaran baharu
Syed Badli sebelum ini pernah mengajak orang ramai ke kawasan pintu gerbang Kampong Baru dan melihat sendiri keadaan parkir kereta khususnya pada waktu puncak.
"Sememangnya tiada sebarang saranan dari Ahli Parlimen untuk menyelesaikan masalah tersebut. Begitu juga masalah peniaga warga asing yang berleluasa kerana tiada penguatkuasaan yang sepatutnya," kata Syed Badli.
Dalam pada itu kata Johari, Kampong Baru perlu dipertahankan selamanya selagi ada hayat orang Melayu.
"Tanah kurniaan Sultan Selangor dahulu ini statusnya perlu dipertahankan selagi ada bulan dan bintang.
"Sebab itu semasa saya menjadi wakil rakyat, saya jaga, tidak ada paksaan untuk apa sahaja isu di Kampong Baru, kita beri jika penduduk hendak pembangunan bangunan empat atau lima tingkat yang baharu.
"Kita betulkan jika ada rumah robek, kerajaan pada masa itu datang dan fikirkan bagaimana hendak buat yang lebih elok," jelasnya.
Johari turut menegaskan, tawaran pembelian tanah oleh kerajaan tidak menujukkan keikhlasan malah seolah-olah memberi harapan yang tidak mungkin berlaku.
"Saya bagi contoh, dia menawarkan RM1,000 untuk satu kaki persegi, dia menarik minat sebahagian pemilik tanah Kampong Baru, saya hendak tanya adakah harga ini ditetapkan dengan prasyarat yang tidak tercapai, 100 peratus untuk keseluruhan 230 ekar tanah Kampong Baru ini dipersetujui, mana logiknya.
"Dalam prasyarat ini, kerajaan memaksa bahawa sebahagian nilai ini ke saham Syarikat Tujuan Khas (SPV) untuk membangun Kampong Baru.
"Kalau hendak memaksa orang membeli saham ini, apakah kerajaan boleh menjamin syarikat ini tidak menjadi syarikat syarikat harta tanah yang banyak sudah ditutup?" soalnya.
BACA: Kampong Baru: Isu jual tanah bukan fokus utama - MAS
BACA: Orang Melayu tidak mampu beli semula tanah Kampung Baru jika harga dinaikkan
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad sebelum ini menawarkan RM1,000 bagi setiap kaki persegi, yang mana RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan bentuk pulangan yang dipilih pemilik manakala baki RM150 pulangannya adalah dalam bentuk pegangan saham ke atas SPV.
Sebelum itu, pada 21 September lepas, Khalid mengumumkan kerajaan menawarkan RM850 bagi setiap kaki persegi bagi pengambilan tanah tersebut, namun sebahagian besar penduduk berpendapat tawaran harga itu tidak setimpal memandangkan lokasi strategik penempatan itu dan meminta kerajaan mengkajinya semula.
Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi sebelum ini pernah menjelaskan, isu jual tanah bukan fokus utama yang dilihat kira-kira 5,300 pemilik tanah di Kampong Baru yang ditawar kerajaan baru-baru ini.
Katanya, paling penting kini persoalan pembangunan serta jaminan kampung Melayu itu tidak lenyap dari pembangunan kota.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan