KPM tidak ambil tindakan terhadap mahasiswa seperti zaman BN
KUALA LUMPUR
– Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) perlu bertemu Naib Canselor
universiti itu, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim jika terdapat sebarang rasa
tidak puas hati, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Katanya, pertemuan antara kedua-dua belah
pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat
kenyataan kepada media.
“Mereka boleh suarakan rasa tidak puas
hati terus kepada Naib Canselor (Dr Abdul Rahim) dan saya percaya beliau
(Abdul Rahim) seorang yang berfikiran terbuka dan akan mendengar apa
yang pelajar mahu suarakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen
di sini, hari ini.
Dilaporkan kesatuan mahasiswa berkenaan
menggesa Abdul Rahim meletakkan jawatan berhubung ucapannya pada Kongres
Maruah Melayu, Ahad lepas.
Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan
akan mengambil tindakan ke atas pelajar itu, Maszlee berkata: “Kita
bukan berada di zaman (kerajaan) Barisan Nasional”. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan