
Guru, pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GPC) dan
anggota majlis kerajaan tempatan adalah antara lima individu yang
ditangkap polis dalam operasi terbaru ke atas pihak yang terbabit dengan
kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) semalam.
Ketua Penolong Pengarah E8, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka memiliki barangan yang berkaitan LTTE, serta menolong membiayai kegiatan kumpulan terbabit.
Katanya, guru sekolah menengah terbabit berusia 52 tahun dan menyokong LTTE melalui media sosial. Suspek terbabit - yang ditahan di Banting, Selangor - juga memiliki bahan yang berkaitan dengan LTTE.
Kata Ayob Khan, mereka ditahan kerana terbabit menganjurkan Hari Perwira LTTE Melaka.
"Kedua-dua mereka ditahan di Durian Tunggal," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Dua lagi suspek yang ditahan ialah pekerja kilang - berusia 26 tahun - dan penyelia keselamatan - berusia 29 tahun - yang ditahan di Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah.
Pada masa sama, Ayob berkata, polis sedang memantau aktiviti Seeman Senthamilan iaitu ketua penyelaras parti yang berpangkalan di India, Naam Tamilar, yang menyokong LTTE.
Katanya polis juga mungkin melarang kemasukan pemimpin Tamil Nadu itu memasuki Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan