Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan siasatan
dan melakukan tangkapan susulan jika terdapat sebarang bukti mengaitkan
pemimpin DAP dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelan (LTTE).
Katanya beliau tidak tahu dari mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mendapat maklumat mengenai dakwaan polis tidak lagi akan membuat tangkapan membabitkan pemimpin atau anggota parti terbabit berhubung isu LTTE.
"Saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan kita (PDRM) akan menghentikan siasatan... tak.
Menurut Ayob, polis akan meneruskan siasatan seperti sepatutnya dan dengan adanya cukup bukti kukuh, akan ada langkah susulan diambil, iaitu tangkapan.
"Tidak ada isu kita hentikan siasatan," katanya.
Tak adil hanya kerana gambar
Tidak lama kemudian Lim mengeluarkan kenyataan mendakwa dimaklumkan bahawa tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan berkenaan.
"Saya juga dimaklumkan bahawa, walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan," katanya.
Untuk rekod, LTTE disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh lebih 30 negara di seluruh dunia, termasuk Kesatuan Eropah, Kanada, India, AS dan Malaysia.
Ayob Khan bagaimanapun enggan mendedahkan jika ada wakil rakyat DAP atau ahli politik lain sedang berada dalam radar mereka berhubung kegiatan LTTE ketika ini.
Kata Ayob Khan, tangkapan hanya akan dibuat jika polis memiliki butiran serta bukti kukuh untuk dikaitkan dengan LTTE.
"Tidak adil untuk mengaitkan seseorang hanya kerana sekeping gambar," katanya.
Untuk rekod Kulasegaran sebelum ini menafikan beliau ada sebarang hubungan dengan LTTE, sebaliknya mempersoalkan sama ada tangkapan dibuat akhir-akhir ini mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan