Beliau yang dijemput untuk menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR semalam berkata, mesyuarat itu memutuskan untuk menunggu laporan penuh siasatan polis sebelum menentukan tindakan lanjut ke atas timbalan presiden PKR dan ketua Pemuda Bahagian Santubong itu.
“Tidak adil kalau kita ambil tindakan tanpa mempunyai fakta. Jadi kita tunggu, kami dimaklumkan siasatan polis telah bermula dan beberapa hari lagi kita tengok perkembangan, kita ingin berlaku adil kepada semua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam di bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, Haziq menggemparkan negara dengan memuat naik video 30 saat di Facebook mengaku dirinya terbabit dalam klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak kelmarin.
Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya komplot jahat untuk mencemarkan reputasi, keperibadiannya dan memusnahkan kerjaya politiknya serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq.
Hari ini, Kementerian Industri Utama menggantung tugas Haziq serta-merta dan memberi 3 hari kepadanya untuk menjawab surat tunjuk sebab, beberapa jam selepas setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin, itu mempersoalkan kejujuran kerajaan Pakatan Harapan, ekoran pemimpin kerajaan menuduhnya mempunyai agenda politik dengan pengakuannya semalam.
Katanya, hubungan seks yang didakwa dilakukannya dengan Azmin bukan kejadian pertama dan menuduh setiausaha politik Azmin memaksanya menarik balik tuduhan ke atas Azmin.
Haziq turut menyifatkan Azmin sebagai “lelaki sakit” dan menuduhnya merakam video itu untuk dijadikan “koleksi peribadi”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan