Selasa, 4 Jun 2019
Mat Sabu tak cukup berkebolehan untuk menjawat portfolio Pertahanan
YAB Mat Sabu tak cukup berkebolehan untuk menjawat portfolio Pertahanan. Bukan kerana kemampuan bahasa Inggeris, tetapi kerana ucapan beliau yang kurang bijak dalam penilaian komuniti pertahanan antarabangsa.
Saya terbayang, bagaimana reaksi Abang Mat jika hal yang sama dilakukan oleh Menteri Pertahanan BN dahulu? Berapi-api dah dibantainya. Jadi kerajaan tak sama macam jadi pembangkang, YAB.
Mungkin rombakan kabinet kelak bolehlah digantikan dengan calon yang lebih baik. Ini soal kepentingan negara, bukan kepentingan kerajaan atau parti semata-mata. Tambahan pula Abang Mat ada liabiliti Syiah di pundaknya.
Alhamdulillah, dari ISA ke Menteri Pertahanan. Allah dah bagi rezeki ganti segala kesusahan dan penderitaan Abang Mat. Lonjakan besar tu. Lepas ni, bagilah pada muka baharu yang segar dan berkebolehan. Jasa Abang Mat sangat besar. Tapi besar lagi kepentingan negara ini. MINDA RAKYAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan