Selasa, 4 Jun 2019

Jangan guna keluarga, PM untuk pertahan diri, kata Teng pada Maszlee

MALAYSIAKINI

   
Anggota jawatankuasa pusat DAP Teng Chang Khim mengkritik Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mempertahankan program matrikulasi.

“Jangan selalu sangat guna kawan-kawan Cina dan anggota keluarga, (atau) perdana menteri, orang tak akan percaya,” kata Teng.
Maszlee Malik
Bulan lalu Maszlee berkata program matrikulasi bertujuan menyelesaikan masalah imbangan kaum yang tidak seimbang di universiti memandangkan kedudukan ekonomi Melayu lebih rendah.

Dalam wawancara dengan sebuah harian berbahasa Inggeris semalam, Maszlee berkata terdapat tanggapan beliau menyamaratakan semua orang Cina - dakwaan yang dinafikannya.

“Saya tak maksudnya begitu.

“Saya ada juga anggota keluarga yang Cina, dan pengundi Cina di kawasan saya juga dari golongan B40,” anggota parlimen Simpang Renggam dipetik sebagai berkata.

Beliau mengakui ada saudaranya yang berbangsa Cina sendiri tidak senang dengan kenyataan itu.
Maslzee berkata berkata setelah berbincang, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyarankan beliau tidak ambil hati dengan perkara itu.

Tiada ulasan: