Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, pemilik akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Shamsul Faisal Abdul Wahab telah memuat naik gambar yang disunting dengan meletakkan wajahnya.
Menurut Mujahid, beliau yakin pemilik akaun Facebook itu berbuat demikian dengan tujuan untuk memburukkan maruahnya.
“Terkini saya ditunjukkan seorang pengguna Facebook bernama “Shamsul Faisal Abdul Wahab” yang memuat naik gambar yang diedit dengan meletakkan wajah saya yang saya yakin dengan tujuan memburukkan maruah saya.
“Inilah bahana budaya takfiri yang sudah semakin menjadi-jadi dengan wujudnya satu golongan yang sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama secara melampau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya miliknya.
Dalam pada itu, Mujahid turut memberitahu, satu laporan kepada pihak berwajib telah dibuat berhubung perkara itu.
Mujahid yang kecewa dengan perkara itu berkata, bulan Ramadan yang merupakan bulan penyuburan taqwa dan iman telah dicemari apabila ada yang rakus memfitnah serta memburukkan maruah orang lain dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.
Dalam hantaran pada akaun di Facebook terbabit pemiliknya telah memuat naik posting “Perayaan Thaipusam 8 Februari 2020. Harus hukumnya PH-Amanah sertai upacara Thaipusam. Pluralisme dalam agama. Islam Rambutan’alamin”. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan