Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata
kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video
seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki
nombor telefon semua pemimpin cabang parti.
"Ini sudah tentulah mencemaskan, bahawa kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.
"Kumpulan WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat cabang (PKR).
"Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian. Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa yang menubuhkan kumpulan WhatsApp ini?
Anggota PKR temani Haziq
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan mengenai beberapa anggota PKR menemani Haziq Abdullah Abdul Aziz ketika dilepaskan daripada tahanan polis semalam.
Haziq sebelum ini mendakwa dirinya salah seorang individu di dalam video lucah yang disebarkan itu.
Azmin
juga berkata beliau menerima laporan bahawa pihak yang menyebarkan
video tersebut mengelak menggunakan Facebook dan Instagram bagi
menghalang alamat IP (protokol internet) mereka daripada dikesan.
"Jika kita mahu memastikan parti ini masih relevan dan diterima orang ramai, maka sesuatu perlu dilakukan," katanya lagi.
Beliau juga mengulangi pendiriannya yang tiada hasrat untuk mengambil cuti kerana hal itu menunjukkan "seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan."
Susulan penyebaran siri klip video lucah yang dihantar secara khusus kepada wartawan dan anggota PKR di media sosial, Haziq juga mendakwa Azmin merupakan seorang lagi individu yang dipaparkan rakaman itu.
Azmin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.
Haziq ialah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan