Ahad, 17 Mac 2019

Serangan pengganas Christchurch: Dua mangsa cedera dibenarkan pulang

Agensi | Diterjemahkan oleh: Rosmanizam Dali
Serangan pengganas Christchurch: Dua mangsa cedera dibenarkan pulang
Umat Islam memerhati keadaan di Masjid Al Noor susulan kejadian tembakan di situ pada Jumaat, dari luar garisan polis, di Christchurch, New Zealand,
 

WELLINGTON: Dua mangsa serangan pengganas masjid Christchurch yang dirawat di hospital telah dibenarkan pulang hari ini.

Sementara itu, 34 mangsa yang tercedera masih dirawat di Hospital Christchurch.

Ketua Pembedahan hospital itu, Greg Robertson berkata, 12 mangsa masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang kanak-kanak perempuan telah dipindahkan kepada hospital kanak-kanak.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media pada Ahad.

Menurutnya, ramai mangsa serangan itu yang memerlukan pembedahan akibat kecederaan yang dialami.

Sementara itu, imam Masjid Khadija di Hamilton, Shazly Khan berkata, mangsa warga Malaysia Rahimi Ahmad, 39 tahun, telah selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua peluru di bahagian perut.

Tambahnya, Rahimi kini dilaporkan stabil namun masih tidak sedarkan diri.

Tiada ulasan: