Ketika berucap di depan pelajar Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat hari ini, Najib Razak menyatakan rasa hairan terhadap pendekatan kerajaan yang ketika ini dilihat kurang prihatin terhadap peningkatan keracunan toksik.
“Tengok apa yang berlaku ketika ini, pencemaran sungai pun tak boleh nak diuruskan. Kerajaan PH tak mahu belanja lebih, padahal bomba sudah jelas beritahu pencemaran itu sangat toksik dan berbahaya.
“Kalau BN (Barisan Nasional), kita sanggup belanja seberapa banyak yang boleh asalkan nyawa terjamin, kita lebih pentingkan nyawa,” katanya.
“Pelajar Mesir mungkin ramai anak orang PAS tapi kita tak kira dia parti mana sebab kita pentingkan nyawa anak Malaysia,” katanya.
Najib juga berpandangan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Semenyih bulan lalu membuktikan pengundi bandar sudah kembali menyokong BN.
“Ada yang kata tak mungkin BN menang sebab majoriti penyandang sebelum ini sampai 8,000. Tapi BN berjaya memperoleh hampir 2,000 majoriti.
“Maknanya orang bandar sudah sokong BN, orang kampung sokong BN dan Orang Asli juga setia dengan BN,” katanya.
Beliau menambah, BN akan terus mengekalkan momentum kemenangan di Rantau selepas ini.
“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang ini, macam-macam perkara boleh berlaku tetapi saya akan terus membersihkan nama dengan menjelaskan pelbagai isu sekali gus menambah keyakinan kepada BN.
“Dahulu kita kata BN ini baik, ramai tak percaya, sekarang ada yang merindui zaman BN. Yang lagi hebat ada yang rindu zaman ‘bossku’,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan