KUALA
LUMPUR – Dakwaan pemimpin Pas memiliki wang berjuta-juta ringgit selain
beberapa kenderaan mewah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menyebabkan wakil rakyat pembangkang hari ini mengamuk
di Dewan Rakyat.
Malah
keadaan Dewan Rakyat menjadi huru-hara apabila kebanyakan wakil rakyat
Pas mendesak Ahli Parlimen Johor Bharu (PH), Akhmal Nasrullah Mohd.
Nasir dan Ahli Parlimen Jelutong (PH), RSN Rayer menarik balik daripada
dakwaan itu.
Akmal
Nasrullah terdahulu memohon wakil rakyat UMNO-Pas supaya tampil membuat
pengisythiaran harta bagi menunjukan ketelusan mereka sambil memetik
laporan sebuah portal yang menyebut tentang dakwaan SPRM itu.
“Saya
ingin minta menteri untuk mengesahkan tentang laporan berita ini jika
benar ada mana-mana pemimpin Pas yang terlibat dalam isu penwelengan
atau penggubahan wang haram.
“Saya
ingin ulangi pendirian saya malah mencabar kepimpinan UMNO-Pas untuk
istiyhar harta anda secara terbuka. Kalau hendak berkahwin sekali pun,
perlulah jujur dan lebih terbuka,” katanya lagi.
Rayer
kemudian juga bangkit dan turut melahirkan pendapat yang sama
menyebabkan menyemarakkan lagi rasa marah dalam kalangan wakil
pembangkang dengan menuduh persefahamaan antara Pas-UMNO berlaku kerana
rasuah.
“Isu
tentang pemimpin Pas ini menarik. Di kawasan saya sendiri ada
bertanyakan tentang ini, adakah kerana ini UMNO-Pas bekerjasama?
Masing-masing terlibat dengan skandal rasuah? Pas juga sudah mula
tenggelam, UMNO juga tenggelam, kedua-duanya sudah mula tenggelam,”
bidas Rayer.
Kenyataan
Rayer menyebabkan hampir kesemua wakil rakyat Pas dalam Dewan Rakyat
bangkit berteriak untuk kedua-dua mereka menarik balik dakwaan tersebut.
Antaranya,
Ahli Parlimen Tumpat (Pas), Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyoal
kesahihan laporan berita tersebut dengan menyebut siapakah pemimpin yang
dimaksudkan oleh Akmal Nasrullah.
“Tolong
sebut nama, siapa pemimpin itu? Tidak perlu cakap-cakap jika tiada
bukti kesahihan. Dari dulu asyik cakap-cakap sahaja, sila sebut dan
nyatakan maklumat itu,” soal Che Abdullah.
Ahli
Parlimen Kemaman (Pas), Che Alias Hamid juga memberi amaran agar
pimpinan PH supaya tidak menjadi pemfitnah sebaliknya memastikan
terlebih dahulu apa yang mereka dakwa itu.
Belum
sempat Akmal Nasrullah menjawab, Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Pas),
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali pula bangkit mendesak nama-nama
pemimpin Pas yang didakwa itu disebut.
“Sebut
sahaja, sebut sahaja bagitahu kami. Siapa pemimpin Pas ini? Siapa?
Jawab. Sebelum ini SPRM sudah beri perakuan bahawa tidak ada duit masuk
ke dalam akuan Pas, jadi mana maklumat kamu sebut ini?
“Jawab juga isu-isu lain yang kami bangkitkan seperti isu terowong itu,” tegasnya.
Dalam
pada itu, Ahli Parlimen Jelebu (BN), Datuk Jalaludin Alias mengkritik
cara kerajaan PH yang kelihatan begitu takut dengan kerjasama antara
UMNO-Pas sehingga berterusan menabur fitnah.
“Janganlah
terpengaruh, pemimpin muda seperti anda (Akmal Nasrullah) perlu ada
pendekatan seperti mengumpul fakta terlebih dahulu sebelum terburu-buru
membuat keputusan atau tuduhan melulu. Bercakap ini kena ada fakta.
“Apa
takut sangat dengan UMNO-Pas ini? Kita akan berterusan cipta kemenangan
demi kemenangan dengan kerjasama ini, kenapa kamu (PH) takut sangat?
Jelutong, janganlah keruhkan keadaan. Kamu ini Ahli Dewan yang
berkualiti, jangan bercakap macam tidak ada otak,” tegasnya.
Datuk
Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir
Salak (BN) juga mengkritik pimpinan PH dengan mengatakan rakyat sudah
celik dengan permainan politik kerajaan PH.
“Dalam media sosial, kamu-kamu ini dikutuk. Sedarlah, cukuplah,” tegasnya.
Mendengar
Tajuddin berkata demikian, Ahli Parlimen Kapar (PH), Abdullah Sani
Abdul Hamid bangkit mengatakan pimpinan kerajaan tidak takut dengan
kerjasama Pas-UMNO sebaliknya ‘gerun’ dengan ‘pencuri’ dan ‘perompak’
dalam kalangan mereka.
Jawapan itu kemudian mendapat teriakan bertalu-talu dari blok pembangkang dan masing-masing mahu terus berhujah dan berdebat.
Che
Abdullah kemudian sekali lagi mendesak Akmal untuk mendedahkan sahaja
siapakah yang dimaksudkan olehnya selain meminta jangan mereka-reka
cerita.
Keadaan semakin tidak terkawal hampir 15 minit sehingga menyebabkan Yang diPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof juga mengalah dan meminta Akmal Nasrullah menarik balik sahaja tuduhan tersebut.
Walaupun tidak gembira akhirnya Akmal Nasrullah menarik balik kenyataannya.
“Saya
tarik balik tetapi saya berpendirian Pas-UMNO perlu lebih telus dan
tampil mengistiyarkan harta mereka dengan lebih terbuka, saya dengan ini
menarik balik,” ujarnya.
Rata-rata
wakil Pas kemudian duduk kembali sambil menunjukan tanda ‘bagus’ kepada
Akmal Nasrullah dan Mohamad Ariff selepas kenyataan itu ditarik balik.
–MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan