Ahad, 17 Mac 2019

OSMAN PERLU TANGGUH LAWATAN – NAJIB

Wartawan Watan-Online


Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sepatutnya menangguhkan lawatan kerjanya ke Batam, Indonesia dalam keadaan rakyat Johor terutamanya di Pasir Gudang bergelut dengan masalah pencemaran kimia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata insiden pencemaran yang berlaku itu merupakan perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh Osman.

“Ketika negara dilanda bencana banjir besar pada tahun 2014, saya pulang daripada Amerika Syarikat Syarikat, daripada bercuti untuk melawat kawasan dilanda banjir.

“Kita (Barisan Nasional) ambil sikap serius kerana bencana ini membabitkan soal nyawa yang tiada nilainya,” ujar beliau ketika melawat Medan Niaga Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru pada Sabtu.

Pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang kini memasuki hari ke sembilan sejak 7 Mac lalu.
 
Pencemaran yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu kini menjejaskan lebih 4000 warga tempatan selain 111 buah sekolah di kawasan sekitar terpaksa ditutup.


Tiada ulasan: