MACHANG: Jentera PAS di
semua peringkat diminta membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan
raya umum (PRU) yang bakal diadakan sebelum tarikh matangnya.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, situasi politik sejak kebelakangan ini
tidak memungkin dilakukan dalam masa empat tahun akan datang.
Menurut beliau, faktor utama yang
menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat ialah kegagalan kerajaan
melaksanakan manifesto pilihan raya lalu.
"Jika kerajaan hari ini dilabelkan
dengan ‘pakatan hancing’, selalu diulang-ulangkan akhirnya rakyat akan
mempercayai tanggapan berkenaan maka kerajaan akan lemas.
"Oleh itu kita menjangkakan pilihan raya
akan diadakan tidak sampai masanya, jadi kita meminta semua jentera
memulakan gerak kerja bermula sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap
merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Machang kali ke-65 di
Markaz Dewan Ulamak (Madu) di Labok di sini, pagi tadi.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Machang,
Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan; timbalannya, Zulkifli Mamat; naibnya,
Ustaz Roseli Ismail dan setiausaha Ustaz Abdul Rahman Majid. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan