Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS Idris
Ahmad akan menjadi penyelaras bersama jawatankuasa teknikal bagi
kerjasama antara kedua parti tersebut.
Setiausaha Agung Umno
Annuar Musa berkata lima wakil rakyat daripada PAS dan Umno masih lagi
melakukan kajian serta cadangan berkaitan kerjasama itu akan diputuskan
secara bersama.
“Kerjasama PAS dan Umno masih di peringkat awal,
kita tubuh jawatankuasa teknikal kemudian kita lihat dari pelbagai
kemungkinan bagaimana kita boleh laksanakan kerjasama,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Terdahulu beliau ditanya mengenai perkembangan hubungan antara PAS dan Umno.
'Kerajaan campuran hanya spekulasi'
Anggota
Parlimen Ketereh itu turut berkata, isu-isu lain seperti kerajaan
campuran hanyalah spekulasi memandangkan hubungan itu baru di peringkat
penubuhan jawatankuasa.
“Terlalu awal cakap soal (kerajaan campuran), kita tidak bincangkannya lagi tentang kerajaan campuran.
“Selain daripada itu isu-isu lain (penubuhan jawatankuasa) adalah spekulasi,” katanya.
Annuar
turut menambah jawatankuasa itu tidak hanya memfokuskan isu kerjasama
antara PAS Umno sebaliknya melihat untuk mengembangkan kerjasama dengan
parti-parti bukan Melayu yang lain.
“Kita perlukan road map yang
jelas yang dipersetujui kedua-dua parti dan tindakan selanjutnya adalah
bukan hanya terhenti kepada kerjasama Umno dan PAS tetapi ke hadapan
khususnya parti orang bukan Islam.
“Tidak boleh hanya satu kaum perlu bekerjasama dengan semua,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan