PASIR GUDANG: Jabatan
Amal Malaysia (JAM) antara pasukan terawal turun padang ketika berlaku
sesuatu bencana, bahkan turut memainkan peranan penting dalam situasi
pencemaran kimia yang sedang berlaku di sini.
Tinjauan Harakahdaily di Pusat Operasi
JAM di Taman Pasir Putih, sempat menemui salah seorang ibu kepada
seorang mangsa kanak-kanak yang mengalami simtom batuk dan muntah akibat pencemaran tersebut.
.
Nurul Hajarrah Raya hadir mendapatkan rawatan untuk anaknya Qaiser Qarwish, 6 tahun.
Beliau menyedari keadaan anaknya bermula dengan batuk dan muntah sejak awal pagi tadi.
Bagaimanapun, katanya anaknya itu kelihatan lesu dan pucat ketika ditemui di pusat operasi tersebut.
Sehubungan itu, Jabatan Amal Malaysia
termasuk Unit Kor Medik dan Penyelamat berfungsi sebagai penyelamat dan
perubatan turut berperanan memberi rawatan.
Semua sekolah di Pasir Gudang diarah
ditutup serta merta berikutan pencemaran kimia Sungai Kim Kim yang telah
menjejaskan kesihatan pelajar di kawasan terbabit sejak beberapa hari
lalu.
Pada 10 Mac lalu, satu jawatankuasa menangani pencemaran Sungai Kim Kim telah ditubuhkan melibatkan beberapa agensi kerajaan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan