HARGA runcit petrol RON97 naik tujuh sen seliter iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 manakala RON95 dan diesel kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia bagi tempoh 23 hingga 29 Mac ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 23 hingga 29 Mac sepatutnya RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter.
“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter,” katanya, hari ini.
Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut, ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan